Saturday 12 June 2010

Bolehkah Orang Melayu Berubah?

Temuramah oleh Mingguan Malaysia dengan Prof Ungku Aziz pada 2005

Mingguan Malaysia :
Bolehkah Orang Melayu Berubah?

Ungku Aziz :
Boleh, tetapi orang Melayu mesti tahu apa yang mereka katakan dan ada pemimpin yang sangat komted untuk mengubah persepsi itu. kalau kita hendak, kita mesti bersungguh-sungguh melakukannya.

Dalam melaksanakan semangat DEB, kita harus kembali kepada matlamat asalnya iaitu membasmi kemiskinan, bukan dengan meningkatkan peratus pemilikan saham. Golongan desa sehingga sekarang masih berhadapan dengan masalah kemiskinan yang menyeluruh.


P.S : Siapa yang minat dengan temuramah ini @ keratan akhbar penuh mukasurat MM ini sila hubungi saya.

Wednesday 2 June 2010

Melayu dan Berniaga Online

Sekarang ini sudah ramai orang Melayu menceburi bisnis online yang menjual pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan.

Tapi saya lihat mereka kurang menerokai pasaran Indonesia yang semakin hari semakin meluas.

Mengikut kata Robert Kiyosaki, sebagai peniaga online, kita hendaklah selalu membeli barangan orang lain, barulah orang lain akan membeli barangan kita.

Ini sama juga dengan konsep sedekah, kalau kita rajin sedekah, rezeki juga akan melimpah...

Janganlah nak harapkan duit orang saja yang hendak kita ambil, tapi kita kedekut untuk membeli barangan orang lain.

Sunday 30 May 2010

Dilema Melayu

Dulu Tun Mahathir ada buat buku malay dilemma @ dilema Melayu. Dilema bermaksud serba salah. Saya dah lama baca buku tersebut.

Saya harap ada lain yang buat buku malay dilemma untuk versi 2020. kalau buat nanti, kirimkan kepada saya satu copy.

Melayu Macam Ku Li dan Ibrahim Ali

Ku Li

Ku Li ini bagus orangnya, ada prinsip, berani, tokoh yang ada wawasan untuk merubahkan Melayu. Tapi dia ni selalu je kena aniaya.


Ibrahim Ali

Dulu saya cukup menyampah dengan Ibrahim Ali ni, suka melompat dan kurang berpendirian, cakap putar belit. Tapi sekarang nampaknya boleh juga diharapkan untuk jadi hero Melayu.

Melayu di Luar Negara

Wah! Melayu ni apabila tersepit mulalah mereka akan berpadu.

Masa saya tinggal di Oman dulu banyak komuniti Melayu sering bekerja sama @ gathering @ berkelah tiap-tiap minggu. Minggu-minggu perut saya kenyang makan macam-macam dari gathering. Tambahan pula saya ni 'bujang'...

Saya dengar Melayu di Saudi, Dubai, Qatar, Amerika, Australia, UK malah dimana saja mereka merantau buat benda yang serupa iaitu jumpa dan makan @ gathering.

Kalau jumpa tu sembang bisnis lah brother!, janganlah sembang ngarut-ngarut.....

Beritahulah Cara Nak Majukan Melayu!

Tun Mahathir pernah kecewa kerana gagal memajukan Melayu. Pada saya memang Melayu ni susah untuk dimajukan @ berubah, atau mungkin ditakdirkan mereka ini tidak boleh maju buat selama-lamanya!.

Saya tak kisah perkara ini, janji saya seorang yang berubah sudahlah, yang lain nak berubah ke! tidak ke! itu mereka punya pasallah.

Antara sebab Melayu tak boleh maju mungkin sebab berikut:

1. Melayu ada 'last chance". Melayu tidak kisah akan gagal kerana mereka ada kampung halaman dan boleh hidup dengan menoreh getah, buat sawit, kerja kampung dan lain-lain kerja yang tidak akan jadi kaya.

2. Melayu kurang 'networking' bisnis, kontak, public relation.

3. Kurang peluang. Banyak peluang buat duit dan kekayaan berada dibandar. Justeru kebanyakan Melayu tinggal dikampung @ mentaliti kampung maka mereka susah nak maju @ berjaya.

4. Melayu suka kepada nostalgia. Kenangan lalu @ nostalgia akan membantutkan akal fikiran. Buangkan saja nostalgia yang kurang berfaedah.

5. Melayu 'malas'. Masalah melayu dan malas ini sebolehnya saya tak mahu sentuh sebab Munshi Abdullah dah sentuh seratus tahun dulu. Memang Melayu ni hidupnya amat malas untuk berubah, malas kerja lebih masa, malas bergerak,malas berhijrah, malas segala-galanya. 'Cogankata' biarlah dan tak apalah sudah sebati dalam hidup Melayu.

6. Melayu tak pandai menipu. Menipu tu berdosa tapi adjustlah sikit perkataan menipu itu kepada mengecek / kecek. Belajarlah mengecek sikit @ putar belitlah sikit.


Minta pertolongan tuan puan berilah idea lagi......

Melayu, Duit dan Boros

Semua orang mahukan duit, lagi banyak duit lagi bagus. Melayu vs duit vs boros tidak dapat dielakkan.

Apabila Melayu dapat duit, maka mulalah mereka boros, tidak dapat menyimpan. Amat sedikit Melayu menambahkan wang mereka kedalam ASB.

Apabila banyak duit maka mulalah gelap mata, beli motorsikal, beli kereta, joli sakan@sangkan sana sini.

Cubalah simpan sikit duit tu sekurang-kurangnya 10% setiap bulan!.